UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Majlis Jamuan Aidil Fitri UMT 2016

G1

Alhamdulillah, UMT telah mengadakan Majlis Jamuan Aidil Fitri 2016 pada 18 Julai 2016 bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT dengan suasana yang penuh meriah dengan kehadiran pengurusan tertinggi UMT, warga kerja UMT dan komuniti setempat. Pelbagai juadah telah disediakan oleh Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) seperti kambing golek, satay, laksa, laksam, nasi minyak, ketupat, rendang, lemang dan sebagainya. YBhg. Dato’ Mohammed Azlan Hashim, Pengerusi LPU UMT turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Selain daripada menikmati juadah, UMT turut menyampaikan duit raya kepada 191 kanak-kanak termasuklah 179 anak-anak yatim dari komuniti berdekatan. Duit raya ini adalah hasil kutipan dari warga UMT.

G4 G5

Tangan dihulur maaf dipinta,

Erat hubungan sesama kita,

Semoga gembira di hari yang mulia ini,

Salah dan silap harap dimaaf,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.