UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MAJLIS IKRAR PELAJAR BAHARU DIPLOMA DAN ASASI STEM SESI 2025/2026

15 Julai 2025 – UMT telah menerima kehadiran seramai 129 pelajar Diploma Perikanan dan 460 pelajar Asasi STEM bagi Sesi Kemasukan 2025/2026. Peningkatan pelajar yang telah mendaftar di UMT bagi sesi ini merupakan satu peningkatan yang amat membanggakan.

Kedatangan pelajar baharu ini diraikan secara kemuncaknya dalam Majlis Ikrar Pelajar baharu yang telah diadakan di UMTCC yang dihadiri oleh Naib Canselor UMT , YBhg. Prof Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim serta barisan pengurusan tertinggi universiti.

Semoga kehadiran pelajar baharu ini ke UMT bukan sahaja dapat membentuk ilmu, tetapi juga jati diri pelajar. Pelajar harus memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk membina masa depan, mencipta nilai, dan menjadi insan yang memberi makna kepada masyarakat dan negara.