UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MAJLIS APRESIASI PENYELIDIKAN DAN INOVASI TAHUN 2025 (MAPI 2025)

17 Julai 2025 – Majlis Apresiasi Penyelidikan dan Inovasi Tahun 2025 (MAPI 2025) UMT telah berlangsung di Hotel Raia Terengganu. Majlis ini bertujuan untuk menghargai serta mengiktiraf pencapaian para penyelidik, pensyarah dan inovator universiti bagi tahun 2023 dan 2024.

MAPI 2025 merupakan platform penghargaan tertinggi kepada pencapaian penyelidik yang telah menyumbang secara signifikan dalam memperkukuh bidang tujahan universiti serta memacu agenda inovasi negara.

UMT terus komited dan berada pada landasan yang tepat dalam usaha menjadi institusi peneraju penyelidikan berkualiti dan inovasi berimpak tinggi sekali gus menyumbang secara langsung ke arah pembangunan negara yang berteraskan pengetahuan dan teknologi. MAPI akan diteruskan penganjurannya pada setiap dua tahun sekali.