Pada 10 Disember 2013, UMT telah menerima kunjungan dari La Trobe University, Australia. Delegasi ini terdiri daripada Profesor Michael Ryan, Ketua Jabatan Biokimia; Prof Madya Dr. Wendy Rahayu, Ketua Jabatan Sains Komputer dan Kejuruteraan Komputer; dan Dr Markandeya Jois, Ketua Jabatan Sains Pertanian. Ketiga-tiga mereka adalah dari Fakulti Sains Teknologi dan Kejuruteraan. Ketibaan mereka disambut oleh Profesor Dr. Noor Azhar (Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) yang turut mempengerusikan perbincangan. Prof Noor Azhar dan wakil dari La Trobe University masing-masing membentangkan serba sedikit mengenai latar belakang universiti masing. Perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) ini turut dihadiri oleh dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah institut. Setelah tamat perbincangan, turut diadakan Wacana Penyelidikan Pasca Siswazah bertempat di Auditorium INOS. Semasa program ini, ketiga-tiga orang tetamu masing-masing menerangkan kelebihan fakulti mereka untuk menarik minat para hadirin untuk menyambung pengajian di La Trobe University. Wacana ini disertai oleh pelajar dan ahli akademik.