UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan hormat Naib Canselor kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu

Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja di Bilik Tamu Wisma Darul Iman, pada 10 September 2024. Tujuan utama sesi kunjungan ialah untuk merapatkan hubungan kerjasama antara UMT dengan pihak Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pemindahan ilmu kepada komuniti setempat di Terengganu. Selain itu, turut dibincangkan isu-isu semasa dalam sektor pendidikan tinggi termasuklah bayaran Sumbangan Membantu Kadar bagi UMT. Turut hadir Pendaftar UMT, Haji Ts. Wan Abdul Manan Wan Abdullah.