UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Keluarga pelajar terima bantuan Skim Perlindungan Pelajar dan Khairat Kematian UMT

Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT telah menyampaikan sumbangan Skim Perlindungan Pelajar dan Khairat Kematian UMT berjumlah RM13,000.00 kepada keluarga Allahyarham Muhamad Fathol Harris Muhamad Asri di Bagan Serai, Perak. Allahyarham Muhamad Fathol merupakan mahasiswa Tahun 1 Sarjana Muda Kaunseling UMT yang telah terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya di LPT2 pada 17 Mei 2024.

Pihak Universiti amat bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan turut menyerahkan titah ucapan takziah daripada KDYMM Sultanah Nur Zahirah, Tuanku Canselor UMT. Turut hadir ialah Prof. Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Fauziah Abu Hassan (Pro Naib Canselor Hal Ehwal Korporat, Jaringan Industri Dan Masyarakat UMT dan wakil Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.