UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

KEJOHANAN TENPIN BOWLING PEGAWAI KANAN PIALA NAIB CANSELOR 2025

16 Julai 2025- Pusat Sukan dan Rekreasi Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling Pegawai Kanan Piala Naib Canselor UMT 2025 yang diadakan di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square.

Kejohanan tenpin bowling ini diadakan buat julung kalinya khusus untuk semua barisan pengurusan utama dan  kanan UMT yang mempertaruhkan Piala Naib Canselor UMT sebagai hadiah utama. Pelbagai gelagat aksi menarik dan suasana ceria  telah dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung. YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor UMT tidak ketinggalan menyertai kejohanan ini serta menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan ini bukan sekadar tentang kemenangan tetapi juga kebersamaan yang mengeratkan silaturahim serta mencerminkan semangat sepasukan yang terus menggerakkan UMT ke hadapan.