Graduan Orang Asli Mahmeri raikan kejayaan di Majlis Konvokesyen UMT
Seorang graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari suku kaum Mahmeri di Gombak Selangor membuktikan bahawa Orang Asli turut berpeluang mencipta kejayaan akademik setanding masyarakat lain.
Sofea Nia Emyra Shaharol, 23, yang menetap di Batu 12, Gombak telah berjaya menerima ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-22. Lebih membanggakan beliau kini sedang bekerja di sebuah firma pengauditan di Setapak, tempat beliau menjalani latihan industri semasa pengajian.
Kejayaan beliau membuktikan bahawa sikap positif terhadap pembelajaran serta sentiasa proaktif dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjalankan amanah dan tugas akan memberikan nilai tambah kepada diri sendiri.