Apresiasi Bingkas Juara UMT raikan pencapaian staf dalam SUKUM-45
UMT telah mencapai kedudukan tempat ke-10 daripada 20 IPTA yang bertanding dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Kali Ke-45 yang telah diadakan pada 8 hingga 16 Ogos 2024 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, pencapaian 6 Emas, 4 Perak dan 8 Gangsa amat membanggakan. Ia adalah hasil berkat kesungguhan dan semangat kebersamaan semua ahli pasukan dan kontinjen.
Di samping itu, beliau juga mengharap semua ahli pasukan membuat perancangan awal dan mula berlatih dengan gigih untuk menghadapi cabaran SUKUM Kali Ke-46 yang akan diadakan di UniSZA pada tahun 2027. UMT harus menambah pingat dan meningkatkan kedudukan ke tangga yang lebih baik.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Apresiasi Bingkas Juara UMT bagi meraikan pencapaian staf dalam SUKUM Kali Ke-45.