UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan Hormat Universiti MIE Jepun ke UMT

Pada 2 Februari 2023, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar telah menerima kunjungan hormat President of MIE University, Prof. Dr. Masaaki Ito. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Dr. Marinah Mohd Ariffin dan Pro Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri) UMT, Prof. Dr. Fauziah Abu Hasan. Universiti MIE, Jepun ialah sebuah universiti kebangsaan di Tsu, Prefektur Mie, Jepun. Pada tahun 2006, ia menduduki tempat ke-250 dalam senarai Times Higher Education Supplement bagi universiti terbaik dunia.