Tindakan Malaysia mengambil pendekatan diplomasi dalam menangani isu jerebu yang berpunca dari Indonesia itu disifatkan akan terus berlaku pada masa akan datang.
Presiden Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik, Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Noor Zaitun Yahaya, menyifatkan situasi jerebu yang melanda negara kali ini sebagai paling teruk berbanding jerebu yang berlaku pada 2015.
Sudah tiba masanya Undang-Undang Antarabangsa bersabit pencemaran diperhalusi, ditambah baik, dan diperketatkan untuk jangka masa panjang.
Berikutan itu, Malaysia akan membawa usul pencemaran udara dan jerebu ini ke Persidangan Kesatuan Dunia Udara Bersih (IUAPPA), yang bakal berlangsung di Istanbul, pada 22 hingga 27 September ini.
Jelas beliau, jerebu bukan sahaja boleh menyebabkan kos kesihatan meningkat akibat kesan penyakit-penyakit yang mudah dialami oleh seseorang individu disebabkan oleh jerebu seperti asma, sakit mata dan jangkitan pernafasan, malah ianya juga turut merencatkan kedatangan pelancong dan aktiviti pelancongan.
-Buletin TV3