CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Korban Perdana UMT 2017

Kuala Nerus, 1 September – Bulan Zulhijjah adalah bulan merupakan salah satu bulan dalam kalendar Islam yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Dalam bulan Zulhijjah, Allah s.w.t. mensyariatkan ibadah haji dan sembelihan korban kepada umat Islam yang berkemampuan.

Bersempena sambutan Aidil Adha 1438H pada 1 September 2017, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah mengadakan program Korban Perdana UMT di perkarangan Masjid UMT. Sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan hasil penyertaan staf dan komuniti setempat. Ramai staf UMT yang hadir untuk sama-sama menyaksikan program ini serta turut bergotong-royong bagi melapah daging korban untuk diagihkan kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam.

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)