CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Sentiasa Tonjolkan Imej dan Prestasi Yang Baik

Kuala Nerus, 16 Julai – Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT melahirkan rasa penghargaan atas segala sumbangan yang disampaikan oleh staf Canselori dalam meningkatkan imej dan prestasi UMT. Beliau turut teruja dengan maklum balas yang diterima hasil pelaksanaan program dan aktiviti sepanjang tahun 2017.

“Staf Canselori juga perlu menonjolkan imej dan prestasi kerja yang baik agar UMT sentiasa mendapat persepsi yang positif daripada pemegang taruh dan komuniti. Malah staf harus menyokong kepimpinan universiti dan kerajaan yang sedia ada dengan melaksanakan polisi dan peraturan yang telah ditetapkan. Jika wujud sebarang masalah, ia harus disalurkan melalui cara yang betul kepada pihak pengurusan”, kata beliau dalam Majlis Perjumpaan Naib Canselor UMT bersama Staf Canselori di Bilik Jamuan, Dewan Senat UMT.

Selain itu, seramai 14 orang staf Canselori menerima Anugerah Staf Terbaik bagi bulan Mac dan Jun 2017 dan setiap staf menerima sijil penghargaan dan barangan elektrik. Majlis perjumpaan ini juga turut diserikan dengan sesi perkongsian pengalaman kerja dan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh Encik Mokhtar bin Ishak, Jurufoto UMT yang akan bersara pada bulan Ogos 2017.