CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Kuala Nerus, 2 Mei – Pejabat Naib Canselor UMT telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT pada hari ini bertempat di Bilik Jamuan, Dewan Senat UMT. Majlis ini merupakan proses formaliti bagi memastikan sistem tadbir urus universiti berjalan dengan lancar dan sempurna. Penyerahan tugas secara rasmi telah dibuat oleh Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu iaitu Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar yang mula memegang jawatan pada 1 April 2017.

Prof. Dr. Mohd Effendy dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor dan semua staf UMT kerana telah memberikan sokongan yang padu semasa beliau melaksanakan tugas. Walaupun masih banyak tugas yang belum disempurnakan, beliau berharap kesinambungan transformasi penyelidikan akan diteruskan oleh Prof. Dr. Mazlan nanti.

Prof. Dr. Mazlan pula dalam ucapan balasnya turut merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul tugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan berharap semua staf UMT akan memberikan kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan bagi meningkatkan kecemerlangan penyelidikan UMT termasuklah melaksanakan projek penyelidikan translational, pemerkasaan MyRA, dan PECIPTA2017.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dan pegawai-pegawai UMT.