CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Prof. Dr. Mazlan Mulakan Tugas Sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Yang Baharu

17761157_1764962350480555_7303699617839595333_o

KUALA NERUS, 4 April – Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar memulakan tugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT dengan mengetip waktu kerja dalam sistem MyNemoUMT. Upacara tersebut turut disaksikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar dan pegawai-pegawai kanan UMT. Beliau dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi untuk memegang jawatan tersebut bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 April 2017.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Idris Jusoh dan Prof. Dato’ Nor Aieni Mokhtar atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT. Saya mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya daripada pihak pengurusan UMT untuk memacu kecemerlangan penyelidikan dan inovasi UMT ke tahap yang membanggakan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid mantan Timbalan Naib Canselor yang telah membangunkan budaya  kecemerlangan penyelidikan di UMT. Insha Allah, saya akan meneruskan kesinambungan yang lepas ke tahap yang lebih cemerlang,” ujar beliau selepas acara melapor diri di Dewan Senat UMT semalam.

Prof. Dr. Mazlan merupakan profesor dalam bidang “Climate Change and Resiliency in Estuarine Fishes” di Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur UMT. Beliau memperoleh Bachelor of Science dari UPM (1985), Master of Science (Physics) dari University of Newcastle, United Kingdom (1988) dan Ph.D. dari University of Wales, United Kingdom (2001). Dalam dunia akademik, beliau telah menghasilkan lebih daripada 270 penerbitan artikel ilmiah, 18 graduan Ph.D dan 6 graduan Sarjana.