CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Dapat Tempat Ketiga Kejohanan Kapal Layar Langkawi

15937049_1720241651619292_8106530072466838905_o

Pulau Langkawi, 17 Januari 2017 – Buat pertama kalinya, Team Sailing UMT telah menyertai Kejohanan Kapal Layar dalam 15th Royal Langkawi International Regatta 2017 yang telah diadakan di Pulau Langkawi pada 9 hingga 14 Januari 2017. Penyertaan UMT dalam acara ini juga merupakan wakil tunggal universiti daripada Malaysia. Seramai 8 orang pelajar yang terdiri staf dan pelajar UMT telah bersaing bersama 7 pasukan lain antaranya Singapore Management University (SMU) dan Burarha University (Thailand).

Sebanyak 7 perlumbaan telah diadakan selama 5 hari dan pasukan UMT telah berjaya mendapat tempat ke-3 pada perlumbaan hari yang kedua dan kelima. Secara keseluruhanya, UMT telah mengumpul sebanyak 22 mata dari 7 perlumbaan tersebut dan menduduki tangga ke 4/5 dengan berkongsi kedudukan bersama SMU. Kejohanan ini telah memberi impak yang tinggi kepada pembangunan sukan layar di kalangan pelajar UMT serta menonjolkan citra UMT sebagai universiti berfokus bidang ilmu kelautan di Malaysia.