CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pemilihan MPP UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar

14424678_1658762504433874_2736620070558007462_o

Hari Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 telah diadakan pada 20 September 2016 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang di Dewan Sultan Mizan, UMT. Proses pemilihan tersebut telah menggunakan sistem pengundian atas talian yang dikenali sebagai ‘e-Undi’ yang diletakkan di 20 peti undi. Sebanyak 24 kerusi telah dipertandingkan iaitu 8 kerusi Kawasan Umum dan 16 kerusi Kawasan Pusat Pengajian. Jumlah pelajar yang hadir untuk membuang undi ialah seramai 5,290 dan keputusan rasmi pemilihan MPP telah diumumkan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT pada jam 7.00 petang.

Secara umumnya, perjalanan kempen dan proses pengundian MPP pada kali ini telah berlangsung dengan lancar. Ini menunjukkan bahawa proses demokrasi dan pembelajaran mengenai proses pilihanraya telah diterima dengan baik oleh mahasiswa. Ia juga memberikan peluang kepada mahasiswa untuk membentuk sifat kepimpinan, keyakinan dan keikhlasan melaksanakan tanggungjawab bagi membina reputasi dan kecemerlangan UMT.

Turut hadir semasa pengumuman keputusan rasmi pemilihan MPP UMT Sesi 2016/2017 ialah Prof. Dr. Anuar Hassan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP UMT.