CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Terima Sumbangan Zakat MAIDAM dan Bank Rakyat

G2 G3

Pada 15 Ogos 2016, UMT telah menerima sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Bank Rakyat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan Senat UMT. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Senat UMT.

Prof. Dr. Mohd Lokman bin Husain, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang mewakili UMT telah menerima sumbangan zakat bernilai RM40,000.00 daripada MAIDAM yang disampaikan oleh Hj. Yaacob bin Abdullah, Penolong Setiausaha Pendidikan & Ekonomi MAIDAM. Manakala Bank Rakyat pula menyumbang zakat bernilai RM10,000.00 yang disampaikan oleh Encik Azman bin Abd. Aziz, Ketua Wilayah 6, Bank Rakyat.

Pusat Islam Sultan Mahmud selaku Sekretariat Bantuan Zakat UMT akan menguruskan sumbangan zakat tersebut untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar UMT yang memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian di UMT.