CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kejayaan Atlet UMT di SUKUM 2016

13913873_1640062326303892_7837267647484904677_o 13909008_1639343539709104_5174930964164596494_o

Pasukan UMT telah menunjukkan kehebatannya dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia Kali Ke-41 (SUKUM) 2016 apabila berjaya memperoleh 2 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa, dalam acara berpasukan. Kejohanan SUKUM 2016 telah diadakan pada 6-13 Ogos 2016 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bagi acara berpasukan, 2 pingat emas diperoleh dalam acara Boling Padang dan Badminton (campuran), manakala 3 pingat perak diperoleh dalam acara Bola Tampar (lelaki),  Tenis Berpasukan dan Boling Padang. 2 pingat gangsa pula diperoleh menerusi acara Bola Sepak (senior) dan Futsal (lelaki).

Selain itu, UMT juga telah berjaya mendapat 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa dalam acara individu menerusi acara Boling Padang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Atlet UMT. Memang nelang boh!!!!