Menyedari akan kepentingan melindungi spesis terancam, Naib-naib Canselor Universiti Awam Malaysia telah melepaskan 50 ekor anak-anak penyu ke laut di Pantai Laguna Redang Island Resort, Pulau Redang, Terengganu pada 19 Mei 2016. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Naib Canselor UMT dengan kerjasama SEATRU sempena sambutan Minggu Lautan Sedunia (World Ocean Week) 2016. Program ini juga merupakan salah satu program CSR yang diadakan bersempena program Mesyuarat Jawatankuasa Naib-naib Canselor / Rektor UA (Bil.2/2016) di Pulau Redang.
“SAVE OUR TURTLE”