UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI (JMU) ZON TIMUR 2026

8 Feb 2026 –  Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) Zon Timur 2026 telah berlangsung pada 7–8 Februari 2026 di Mayang Mall, Kuala Terengganu. Majlis perasmian JMU telah disempurnakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Dato’ Sri Mohd Zuki Ali, serentak dengan Perasmian Sambutan 25 Tahun UMT (Jubli Perak), sekali gus menandakan bermulanya sambutan 25 tahun UMT sepanjang tahun 2026. Kehadiran lebih 41,000 pengunjung membuktikan sambutan luar biasa masyarakat terhadap usaha memperkasa akses pendidikan tinggi negara.