22 Januari 2026- Barisan pengurusan kanan UMT telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Kunjungan ini merupakan lawatan balas susulan kunjungan hormat PHN ke UMT pada 10 Disember 2025, sekali gus menandakan satu lagi milestone dalam kerjasama strategik antara UMT dan PHN dalam penyelidikan dan pendidikan hidrografi.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman strategik mengenai peranan, fungsi serta kepakaran teknikal PHN sebagai peneraju hidrografi negara, selain meneroka peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan maritim. Usaha ini juga selari dengan aspirasi memperkukuh ekosistem maritim negara melalui perkongsian data, kepakaran dan teknologi demi menyokong agenda ekonomi biru Malaysia. Sinergi antara kepakaran akademik UMT dan keupayaan teknikal PHN diyakini mampu melonjakkan pembangunan bidang hidrografi negara ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus melahirkan bakat baharu serta memacu inovasi untuk kemajuan maritim Malaysia
