UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT PERKUKUH JALINAN KERJASAMA MARITIM

19 Disember 2025– UMT telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan pada 19 Disember. Kehadiran delegasi UMT telah disambut oleh Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara UMT dan AMSAS, khususnya dalam bidang akademik, latihan, penyelidikan serta perkongsian kepakaran maritim. Jalinan kerjasama ini akan terus memperkasa pembangunan modal insan berkualiti serta menyokong aspirasi kemajuan sektor maritim negara.