4 Ogos 2025– Satu lagi sejarah tercipta melalui peluncuran Wakaf Kelestarian Alam Konservasi Penyu Terengganu yang merupakan inisiatif pertama seumpamanya di dunia. Majlis yang penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kolaborasi strategik UMT dan RHB Islamic Bank menerusi RHB Sukuk Dana Hafeez ini menzahirkan komitmen bersama dalam menjadikan instrumen wakaf sebagai pemacu konservasi lestari. Program ini adalah model wakaf pertama di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada pemeliharaan hidupan laut, khususnya spesies terancam seperti penyu. Ia bukan sahaja memberi impak langsung kepada kelangsungan ekosistem laut, malah berperanan sebagai instrumen pendidikan dan kesedaran kepada generasi muda serta komuniti.
