29 Julai 2025- Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Hala Tuju KPT 2025 dan Pencapaian PSUMT5 (Sukuan 1 Tahun 2025) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Jamuan, Dewan Sultan Mizan, UMT yang dianjurkan oleh Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR).
Tujuan bengkel adalah untuk meneliti pelaksanaan strategi, mengenal pasti jurang dan berkongsi dapatan penting demi memperkukuh prestasi UMT dalam menyokong aspirasi KPT. Bengkel ini juga akan menjadi titik tolak kepada tindakan yang lebih tuntas, berfokus dan berimpak tinggi bagi memastikan UMT terus bergerak sederap dalam menyatukan kekuatan, kepakaran dan iltizam demi merealisasikan visi UMT sebagai universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.
Sekalung tahniah diucapkan kepada PTj yang berjaya memperoleh Anugerah Pencapaian Terbaik Pelan Strategik UMT Tahun 2024 merangkumi:
- Anugerah Pencapaian Terbaik Pelan Strategik UMT Tahun 2024 (Fakulti Terbaik)
- Anugerah Pencapaian Terbaik Pelan Strategik UMT Tahun 2024 (Institut Penyelidikan Terbaik)
