28 Mei 2025 – Naib Canselor, YBhg. Prof Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim telah hadir merasmikan Penubuhan Pusat Pensijilan Profesional UMT atau UMT Centre for Professional Certificate (UMTCPC) bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Penubuhan pusat ini adalah inisiatif UMT Holdings yang bertujuan membantu para mahasiswa, graduan dan komuniti memperolehi pensijilan profesional.
Seramai 33 orang pelajar UMT telah berjaya memperolehi Profesional Certificate in Maritime Logistics and Management dan mereka merupakan batch pertama UMTCPC.
