UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT PERKUKUH KERJASAMA GLOBAL MELALUI MOU DENGAN SHANGHAI MARITIME UNIVERSITY

9 April 2025 – UMT telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Shanghai Maritime University (SMU), sebuah institusi terkemuka dalam industri maritim di China.

Melalui kerjasama ini, beberapa program strategik akan dilaksanakan termasuklah program ijazah berkembar dalam bidang Pengurusan Pelabuhan dan Perkapalan (2+1, 2+2), termasuk peringkat sarjana.

Selain itu, kerjasama turut merangkumi program mobiliti pelajar dua hala, program sekolah musim panas, pertukaran staf akademik, serta pelantikan profesor pelawat dalam bidang kewangan perkapalan, ekonomi perkapalan dan pengurusan pelabuhan.

MoU ini dijangka dapat memperkukuh jaringan akademik dan penyelidikan antara kedua-dua universiti serta memperluas pengaruh UMT di peringkat global dalam bidang maritim.