UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MAJLIS SEJAMBAK KASIH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

25 Februari 2025 – Naib Canselor UMT, YBhg. Prof Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim  telah menghadiri Majlis Sejambak Kasih bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi, yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 3 Mac 2025 setelah 37 tahun berkhidmat kepada negara.

Majlis ini turut dihadiri YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Timbalan Menteri, serta barisan kepimpinan tertinggi KPT. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Dato’ Seri KSU telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan anjakan yang besar bagi membangunkan landskap serta memperkukuhkan ekosistem pendidikan tinggi. UMT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa beliau yang tidak ternilai, semoga segala usaha yang dicurahkan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.