
2 JAN 2025 – Kuala Lumpur, YBhg. Prof Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim bersama YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran, Pengurus Pentadbiran & Kewangan, Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi dalam program Ziarah Bingkas Kasih ke rumah keluarga Allahyarham Muhammad Irfan bin Abdul Latif, pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Maritim, yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Disember lalu.
Dalam ziarah ini, sumbangan cek cura Skim Perlindungan Pelajar berjumlah RM11,000.00 telah disampaikan kepada bapanya, Encik Abd Latif bin Hassan, bersama sumbangan tunai RM2,000.00 daripada Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi. Program ini adalah usaha murni UMT melalui Pejabat HEPA untuk menyantuni keluarga pelajar yang ditimpa musibah. Semoga sumbangan ini dapat memberi sedikit kekuatan dan semangat baru kepada mereka.