UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Cafe He & She Coffee berikan suasana pembelajaran kondusif

He & She Coffee Sdn. Bhd. telah melebarkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan di UMT. Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, kewujudan kafetaria He & She Coffee dalam kampus UMT sebagai satu inisiatif untuk menyediakan persekitaran kampus yang kondusif, bersih, dan selesa yang menyumbang kepada keseimbangan antara akademik dan gaya hidup.

Pelajar dan staf kini mempunyai variasi ruang santai untuk mengulang kaji, berbincang dengan rakan-rakan, atau sekadar berehat daripada jadual harian yang sibuk sambil menikmati pelbagai menu kopi. Di samping itu, pihak pengusaha kafetaria He & She Coffee juga akan menyediakan peluang kepada pelajar UMT untuk bekerja sambilan dan mempelajari kemahiran keusahawanan.

Turut hadir Encik Zulkiflee bin Yusoff, Pengasas dan CEO He & She Coffee Sdn. Bhd.