Pada 9 Oktober 2024, Unit Integriti UMT telah menerima kunjungan hormat Puan Rohana Dollah, Ketua Unit Integriti dan Puan Norliah Yaakub, Penasihat Undang-undang dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dalam sesi kunjungan hormat ini, Encik Abdullah Syukri M. Saleh, Ketua Unit Integriti UMT telah memberikan penerangan ringkas mengenai pelaksanaan fungsi dan operasi Unit Integriti UMT. Selain itu, delegasi UTHM turut dibawa melawat Galeri Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT bagi mengikuti perkembangan aktiviti penyelidikan marin yang dilakukan oleh UMT.
