Tan Sri Mohd Zuki Ali diisytiharkan pelantikan sebagai Pro Canselor UMT
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali telah diisytiharkan pelantikan sebagai Pro Canselor UMT. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Sultanah Terengganu selaku Canselor UMT dalam Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-22 pada 20 Oktober 2024 bertempat di Dewan Sultan Mizan UMT. Dengan pelantikan ini, maka UMT mempunyai dua orang Pro Canselor iaitu Tan Sri Samsudin Osman dan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.