UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Wanita kelahiran Perancis berjaya genggam PhD selepas 10 tahun berusaha

Walaupun sudah menjangkau usia emas, namun seorang wanita kelahiran Perancis telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-22 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada hari ini.

Christine Longuet atau nama Islamnya Rohani Abdullah, 80 tahun, kini menetap di Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu, berkata, dia mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan kertas kajian (tesis) di peringkat PhD yang bertajuk ‘Places, Plants and People In The State Of Terengganu Malaysia: An Assessment From Two Eras’ dan usahanya itu membuahkan hasil apabila hari ini dia dianugerahkan segulung ijazah di peringkat PhD.

Menurut Rohani, dia sudah menetap di Terengganu selama 53 tahun membuatkan dirinya sudah sebati dengan persekitaran serta kehidupan masyarakat setempat. Beliau turut mengarang beberapa naskah buku antaranya Puisi Duyung Pulau Rakyat, koleksi puisi tempatan dan Amanah: Journey An Architect iaitu buku mengenai hasil arkitek tempatan, Nik Mohamed Mahmood.