UMT lancarkan pusat urus niaga pasaran modal dengan kerjasama CGS International Securities
UMT telah melancarkan Pusat Perdagangan Pantai Timur (East Coast Trading Centre) dengan kerjasama CGS International Securities. Pusat ini ditempatkan di bangunan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) UMT dan ia akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem, peraturan, dan urus niaga pasaran modal.
Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, pusat ini juga akan memberi pengalaman sebenar kepada pelajar dalam menghadapi pasaran modal, memberi manfaat besar kepada pelajar dalam program Sarjana Muda Kewangan, Perakaunan, Ekonomi (Sumber Alam), dan Pengurusan Pemasaran.
Menurut beliau lagi, dengan sokongan Malaysian Association of Technical Analysts (MATA), pusat ini akan merancakkan aktiviti pembelajaran, penyelidikan, dan pemindahan ilmu, terutama dalam memperkasakan kemahiran analisis pasaran modal seperti membaca carta, memahami trend pasaran, dan menggunakan indikator teknikal. Kerjasama ini dijangka meningkatkan minat pelajar terhadap pelaburan dan memperluas pengetahuan mereka mengenai peluang dalam dunia pelaburan.
Turut hadir Puan Azizah Mohd Yatim, Ketua Pegawai Eksekutif, CGS International Securities Malaysia.