UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

650 pelajar baharu terima bantuan zakat Dermasiswa Al-Ikhlas

Seramai 650 pelajar baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 telah menerima sumbangan zakat Dermasiswa Al-Ikhlas berjumlah RM500 seorang. Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT melalui Jawatankuasa Tabung Zakat UMT (TAZUMT) telah memperuntukan sebanyak RM325,000.00 bantuan zakat kepada 650 orang pelajar baharu B40 yang terpilih sebagai sokongan memulakan pengajian di UMT. Dana Dermasiswa Al-Ikhlas merupakan sumbangan zakat agensi-agensi korporat.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Prof. Madya Dr Riswadi Azmi dan wakil-wakil agensi korporat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Lembaga Tabung Haji, Etiqa Family Takaful Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.