Pada 18 September 2024, Naib Canselor UMT, Prof. Ts Dr Mohd Zamri Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada President Centre Of Maritime Excellence Group, Dato’ Capt. Jaffar Lamri. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan bagi menjalin hubungan kerjasama strategik termasuklah penganjuran kursus-kursus pensijilan dan penglibatan dalam bidang konsultasi. Komitmen ini menunjukkan kesungguhan UMT untuk memperluas kerjasama ini demi memanfaatkan kepakaran dan sumber yang ada, sekaligus menyokong pembangunan industri maritim di negara ini.