Seramai 333 orang staf UMT diraikan dan diberikan penghargaan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Naib Canselor, Penghargaan Pesara, Hadiah Setia Bakti, Penghargaan Setia Berkhidmat dan Anugerah Julangan Bakat dalam Majlis Anugerah Tahunan UMT 2024 yang telah diadakan di Dewan Sultan Mizan UMT pada 12 September 2024. Majlis yang bertemakan ‘Perkhidmatan Cemerlang, Teras UMT Terbilang’ menzahirkan tradisi kecemerlangan merupakan komitmen utama staf UMT dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Tahniah kepada semua penerima anugerah.