Kibar Jalur Gemilang zahirkan “Jiwa Merdeka” warga UMT
Warga UMT turut bersemangat menzahirkan tema “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka” dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang di sekeliling kampus, ruang pejabat dan kenderaan. Pada 7 Ogos 2024, UMT telah menganjurkan Program Pra Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024. Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah hadir menyempurnakan program berkenaan dan turut melekatkan bendera Jalur Gemilang di kenderaan warga yang memasuki kampus UMT pada hari ini. Program tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan pelajar UMT.