Naib Canselor terima kunjungan hormat Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Marin, Universitas Brawijaya
Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menerima kunjungan hormat Prof. Dr. Ir. Maftuch, Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Marin, Universitas Brawijaya Malang Indonesia, di pejabat beliau pada pagi ini. Dalam sesi kunjungan hormat ini, beberapa perkara telah dibincangkan seperti program kerjasama penyelidikan dan mobiliti staf yang akan dilaksanakan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara UMT dengan Universitas Brawijaya. Turut hadir Pengarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan, Prof. Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah@Polity.