Naib Canselor terima kunjungan hormat Dekan Fakulti Kejuruteraan UMRAH Indonesia
Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menerima kunjungan hormat Ir. Sapta Nugraha, Dekan Fakulti Kejuruteraan Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) Indonesia di pejabatnya pagi tadi. Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, Naib Canselor UMT turut membincangkan beberapa aktiviti kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua agensi meliputi program pembangunan dan mobiliti pelajar serta program kerjasama akademik dan penyelidikan. Turut hadir Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan UMT, Prof. Ir. Dr. Mohammad Fadhli bin Ahmad.