Lawatan kerja pengurusan UMT ke Jeffrey Cheah Biomedical Centre
Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod dan Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT telah mengikuti Program Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Seri Zambry Abdul Kadir ke Jeffrey Cheah Biomedical Centre (JCBC) yang terletak di Universiti Cambridge, United Kingdom, pada 19 Mei 2024.
JCBC merupakan sebuah pusat kajian yang dibina khas oleh Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah, seorang tokoh usahawan terkemuka Malaysia dan ia telah dirasmikan pada tahun 2019. JCBC berperanan mengumpulkan semua kumpulan penyelidikan bagi menghasilkan komuniti sel stem yang bersepadu. JCBC juga sedang menghasilkan beberapa kajian berkenaan sel-sel kanser dan genetik yang dapat memberikan manfaat kepada proses penyembuhan penyakit kanser dan genetik.