UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT terima kunjungan hormat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

 

Pada hari ini, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin telah menerima kunjungan hormat Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Beliau hadir ke UMT bagi mengikuti program lawatan kerja ke Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS). Turut hadir Profesor Madya Dr Effi Helmi Arifin, Timbalan Pengarah INOS.