Kelab Canselori UMT telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 8 Mei 2024 bertempat di Dewan Jamuan Senat UMT. Majlis ini turut dihadiri oleh mantan Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar dan Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim yang menjalankan tugas Naib Canselor UMT. Selain daripada menjamu selera juadah raya, turut diadakan acaran sambutan ulang tahun kelahiran staf, sumbangan kepada anak yatim, penghargaan kepada mantan Naib Canselor dan penghargaan kepada Ketua Dekorasi Rumah Raya Canselori.