UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

66.69% pelajar mengundi dalam Pilihan Raya Kampus Sesi 2024/2025

Seramai 66.69% pelajar UMT telah mengundi dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT bagi sesi 2024/2025 yang telah diadakan pada 14 November 2024. Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, pada tahun ini PRK dilaksanakan secara dalam talian. Pelajar daripada Fakulti Pengajian Maritim mencatat peratus mengundi tertinggi mengikut fakulti iaitu 75.28% manakala pelajar Diploma mencatat peratus mengundi tertinggi mengikut tahap pengajian iaitu 90.16%. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang telah memenangi kerusi pada PRK kali ini dan dipilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu Sesi 2024/2025. Tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa PRK yang telah mengendalikan pilihanraya dengan cemerlang dan terima kasih siswa-siswi yang telah melaksanakan tanggung jawab Memilih@UMT 2024.