UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

1,706 pelajar baharu Sarjana Muda lafaz ikrar menguasai disiplin ilmu

Pada 3 Oktober 2024, seramai 1,706 orang pelajar baharu telah melafazkan ikrar untuk memulakan pengajian Sarjana Muda sesi akademik 2024/2025. Majlis lafaz ikrar pelajar baharu telah diadakan di hadapan Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan semua Dekan Fakulti. Ikrar pelajar diketuai oleh Saudara Joseph Anja Su menekankan komitmen para pelajar untuk mematuhi akta, perlembagaan, statut, peraturan, dan tatatertib yang berkuatkuasa di universiti ini. Selain itu, ikrar ini menuntut pelajar untuk sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh pengajian di UMT.

Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dalam ucapan turut menyatakan daripada jumlah pelajar yang mendaftar di UMT, seramai 605 orang atau 5% adalah pelajar lelaki dan 1,101 orang atau 64.5% pula merupakan pelajar perempuan. Beliau turut meminta semua pelajar menggunakan setiap ruang masa di sepanjang tempoh pengajian untuk menguasai disiplin ilmu serta mengasah bakat dan kemahiran sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah dengan cemerlang. Di samping itu, beliau turut menasihatkan pelajar agar tidak melupakan pengorbanan kedua ibu bapa dan keluarga, bakti guru-guru yang gigih membekalkan ilmu dan pihak kerajaan yang menyediakan peluang pendidikan dengan prasarana terbaik.