CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pusat Islam Sultan Mahmud

 


13613629_1107631779292912_5416121555442949838_o

Pusat Islam Sultan Mahmud mula beroperasi pada 1 April 2016 dan ia merupakan salah satu pusat pentadbiran yang bernaung di bawah Canselori UMT. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 29 Rejab 1436H bersamaan 18 Mei 2015 telah memberikan kebenaran menunaikan solat Jumaat di bangunan Pusat Islam UMT. Keputusan ini amat bermakna kepada warga UMT kerana ia memberikan kemudahan kepada warga UMT dan penduduk sekitar untuk menunaikan solat Jumaat apatah lagi peningkatan kepadatan penduduk di sekitar universiti berbanding dengan kemudahan masjid yang terhad. Majlis pemasyhuran Pusat Islam Sultan Mahmud pula telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu pada 2 Oktober 2015.

Di antara fungsi-fungsi utama Pusat Islam Sultan Mahmud, ialah –

  • Mengurus dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti pengimarahan masjid;
  • Mengurus dan menyelia operasi serta kemudahan Taska dan Tadika;
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan syiar bagi mengimarah hari kebesaran Islam;
  • Merancang dan melaksanakan program latihan kemahiran insaniah, program kefahaman Islam dan kelas bimbingan kontemporari;
  • Merancang dan mengurus bantuan Tabung Kebajikan dan Pendidikan Kewangan Pelajar;
  • Mengurus bantuan kewangan kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan Orang Asli;
  • Menguruskan Agihan Zakat mengikut Dana Dermasiswa yang ditetapkan;
  • Menguruskan tuntutan dan caruman insurans takaful keluarga berkelompok bagi pelajar dan staf;
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan asnaf zakat;
  • Menguruskan sumbangan dana bagi mengisi Tabung Zakat Pelajar;
  • Merancang dan melaksanakan projek berfokus Dermasiswa korporat, infaq siswa, penjanaan endowmen, dan aktiviti tanggungjawab sosial Universiti (USR);
  • Merancang dan melaksana program-program penyelidikan dan pembangunan komuniti yang berpotensi berteraskan konsep Islam dan Sains;
  • Menghasilkan penerbitan ilmiah dan penerbitan korporat berkaitan Islam, Sains dan Pembangunan Komuniti;
  • Mewujudkan jaringan dan hubungan baik, dan mengukuhkan kerjasama antara PISM dengan industri atau agensi melalui kerjasama penyelidikan Islam dan Sains serta pembangunan komuniti.

Fakta menarik mengenai Pusat Islam UMT

  • Solat zuhur pertama pada 22 April 2015 (3 Rejab 1436H)
  • Solat Jumaat pertama pada 26 Jun 2015 (9 Ramadhan 1436H)
  • Kos pembinaan RM13.77juta
  • Boleh menampung 3000 jemaah
  • Dilengkapi dengan kemudahan WiFi
  • Menempatkan ruang pejabat, dewan syarahan, bilik fardu ain, bilik kenamaan, bilik jenazah, bilik sumber, ruang niaga dan pusat asuhan kanak-kanak.

Maklumat Lanjut Sila Layari
https://pusatislam.umt.edu.my/