CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Jadi Tuan Rumah Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Universiti Awam Malaysia

UMT amat bertuah kerana telah diberikan kepercayaan sebagai tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor UA Malaysia (JKNC/R) Bil. 1/2023 yang diadakan pada 20 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah UMT. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya selaku Pengerusi JKNC/R UA.