CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan Hormat Pengerusi Lembaga Pengarah EMGS ke UMT

Pada 4 Julai 2023, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Pengarah Education Malaysia Global Services (EMGS), Dr Abdul Razak Ahmad. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim; Dekan Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL), Prof. Dr. Asyraf Abdul Rahman; dan Pengarah Pusat Antarabangsa, Prof Ts. Dr. Lam Su Shiung.