CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor Universiti Awam Merasai Pengalaman Menyelam

DCIM100GOPROGOPR0168.JPG

Sebagai sebuah universiti berfokus dalam ilmu kelautan dan sumber akuatik, UMT telah mengadakan program Eksplorasi Alami ke Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT di Pulau Bidong pada 19 Jun 2023 yang melibatkan beberapa orang ahli mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor Universiti Awam Malaysia (JKNCRUA). Mereka telah merasai sendiri pengalaman menyelam di kawasan terumbu karang yang terdapat di Pulau Bidong. Menurut Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya yang juga Pengerusi JKNCRUA, beliau sangat teruja menyelam di sini dan ini merupakan pertama kali beliau menjejak kaki ke Pulau Bidong. Turut hadir dalam aktiviti eksplorasi tersebut ialah Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar.

UMT telah menubuhkan UMT Diving School pada 8 Ogos 2022 bagi melatih dan menyokong aktiviti selam skuba di Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong, untuk pelajarnya dan dibuka kepada orang awam yang berminat mendapatkan lesen menyelam. Malah, UMT merupakan universiti awam pertama yang memperolehi ISO 9001:2015 (Kualiti Sistem Pengurusan) bagi pengurusan latihan berkaitan perlesenan skuba perkhidmatan pendidikan dan memperolehi sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records.