CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Ekplorasi Alami Naib Canselor UA ke Stesen Penyelidikan Penyu UMT

UMT memang dikenali sebagai sebuah universiti yang memperkasakan ilmu dan pengetahuan masyarakat setempat terhadap kelestarian hidupan penyu yang menjadi ikon di Terengganu. Aktiviti pemuliharaan penyu ini dilaksanakan oleh penyelidik UMT di Stesen Penyelidikan Alami Penyu UMT, Chagar Hutang Pulau Redang Terengganu. Bagi menghayati aktiviti ini, sekumpulan Naib Canselor Universiti Awam Malaysia telah mengikuti program Eksplorasi Alami ke stesen tersebut pada 19 Jun 2023, yang diketuai oleh Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abdul Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya. Turut hadir adalah Profesor Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT dan Prof. Madya Dr. Mohd Uzair Rusli, Ketua Makmal Penyelidikan Penyu Chagar Hutang.